Serangan Israel jejaskan sekolah di Gaza

53

13 OGOS: Tentera Israel mengebom kedudukan kumpulan Palestin Hamas di Semenanjung Gaza yang diduduki pada Khamis, lapor Agensi Anadolu.

Pesawat perang Israel menyerang kedudukan milik Briged Izz ad-Din al-Qassam, sayap tentera Hamas.

Tiada korban jiwa dilaporkan memetik Kementerian Kesihatan Palestin.

Pegawai Israel mendakwa serangan itu dilakukan sebagai tindak balas terhadap beberapa belon api yang dilancarkan dari Semenanjung Gaza ke atas Israel.

Sementara itu, AFP melaporkan, jurucakap agensi bantuan PBB untuk Palestin, Adnan Abu Hasna berkata, serangan Israel itu turut mengenai salah sebuah sekolah kelolaan pihaknya.

“Pelajar baru sahaja kembali ke sekolah minggu ini selepas lima bulan ditutup akibat wabak COVID-19.

“Kami terpaksa tutup sekolah sementara menunggu siasatan kerosakan dijalankan,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.