Petrol, diesel naik lima dan tiga sen

96

Harga runcit petrol RON95 dan RON97 naik lima sen bermula 12.01 tengah malam ini, sehingga 21 Ogos.

RON95 naik daripada RM1.63 seliter kepada RM1.68 seliter, manakala RON97 naik lima sen seliter iaitu daripada RM1.93 seliter kepada RM1.98 seliter.

Harga runcit diesel pula naik sebanyak tiga sen seliter, daripada RM1.79 seliter kepada RM1.82 seliter.

Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan memaklumkan, kenaikan ini dipengaruhi oleh perubahan harga minyak yang diproses selari dengan harga minyak mentah dunia pada masa ini.

“Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah
dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan
kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” kata kenyataan itu.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.