Mesyuarat Kabinet guna penghadang lutsinar

80

14 OGOS: Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, mesyuarat Jemaah Menteri pagi ini berlangsung dalam suasana ‘norma baharu’ apabila kedudukan di antara anggota Kabinet dipisahkan dengan penghadang lutsinar.

Menurut Perdana Menteri, langkah ini bertujuan mengekalkan penjarakan fizikal bagi mewujudkan jarak pemisah antara ahli mesyuarat dalam usaha mengurangkan risiko jangkitan COVID-19.

“Mesyuarat hari ini juga kali pertama semua ahli Jemaah Menteri dapat berkumpul dan bermesyuarat secara bersemuka di dalam bilik mesyuarat yang sama.

“Bagi mengekang penularan wabak COVID-19 dan mengekalkan jarak fizikal, mesyuarat Jemaah Menteri sebelum ini dilangsungkan di tiga lokasi berbeza di Bangunan Perdana Putra,” katanya dalam Facebook beliau hari ini.

Dalam hantaran itu, Muhyddin turut berkongsi empat keping gambar dengan pengikutnya.

Daripada gambar-gambar tersebut, dapat disaksikan kebanyakan anggota Kabinet turut memakai pelitup muka ketika mesyuarat berkenaan berlangsung.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.