Bukan KJ yang hadir majlis anjuran Pejuang

669

14 OGOS: Menteri Sains dan Teknologi, Khairy Jamaluddin tidak hadir pada majlis memperkenalkan calon Bebas Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim malam kelmarin.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Armand Azha Abu Hanifah menyifatkan gambar seorang lelaki didakwa Khairy yang ditularkan kumpulan Facebook CHE DET Supporters adalah fitnah.

“Pada Kelab Che Det, ini (gambar) petang semalam, Khairy Jamaluddin di Parlimen, ‘colour suit’ (warna kot) beliau pun lain daripada colour (warna) dengan gambar korang viralkan (yang) mengatakan beliau ada di program Tun semalam…

“Tanya bro Ibdilillah Ishak, media parti baharu korang ni awal-awal sudah fitnah. Aduyaiiii…,” kata Armand melalui Facebook semalam.

Beliau turut berkongsi gambarnya bersama Khairy dan beberapa individu lain di bangunan Parlimen petang kelmarin.

khairy
Gambar bersama Khairy di bangunan Parlimen yang dikongsi oleh Armand.

Dakwaan tidak berasas oleh penyokong bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang kini pemimpin Parti Pejuang Tanah Air turut dinafikan oleh bekas Exco Pemuda UMNO, Ibdilillah Ishak.

“Mantan SUPOL (Setiausaha Politik) PM7, Abu Bakar Yahya Aby sila ambil tindakan kepada sesiapa saja yang jadi admin ‘page’ (laman) ini.

“Hari pertama parti baru depa dah memalukan dan buat naya kat CheDet,” katanya. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH

Get real time updates directly on you device, subscribe now.