Usah tukar cerita, rakyat tahu punca Tun M letak jawatan

237

13 OGOS: Ahli Parlimen Bebas Langkawi, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak seharusnya cuba melindungi fakta sebenar di sebalik peletakan jawatannya sebagai Perdana Menteri pada Februari lalu.

Nasihat itu disuarakan oleh Ahli Parlimen BN Gerik ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan (Peruntukan Semula Peruntukan Perbelanjaan) 2020 dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.

Secara bersopan-santun, beliau menjelaskan, rakyat mengetahui apa yang sebenarnya berlaku di sebalik keputusan Dr Mahathir meletak jawatan dahulu.

HASBULLAH OSMAN

“Saya hormat Tun tapi setiap rakyat di Malaysia mendengar lihat di TV yang mana umum letak jawatan Tun dulu baru Bunga Raya (Parti Pribumi Bersatu Malaysia) tarik diri dan kumpulan Azmin tarik diri. 22 tahun termasuk 22 bulan Tun jadi Perdana Menteri adakah menafikan perkara itu?

“Saya minta maaf kerana Tun dah serupa macam ayah saya, ” katanya.

Sebelum itu, Dr Mahathir ketika bangkit mencelah menuduh tindakan Bersatu keluar Pakatan Harapan (PH) sebagai punca beliau meletak jawatan.

Beliau menjawab kenyataan Hasbullah yang mengaitkan kejatuhan kerajaan PH dengan tindakannya meletak jawatan secara mengejut dahulu. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH

Get real time updates directly on you device, subscribe now.