PH tumbang sebab gaduh sesama sendiri

461

13 OGOS: Kerajaan Pakatan Harapan (PH) tumbang kerana krisis dalaman dan perebutan kuasa yang menyebabkan Ahli Parlimen Bebas Langkawi, Tun Dr Mahathir Mohamad meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri.

Ahli Parlimen BN Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim menyatakan Ahli Parlimen Bersatu Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Yassin menerima pelantikan sebagai Perdana Menteri kelapan demi menyelamatkan rakyat yang dihimpit pelbagai masalah dan sendang dalam kesusahan akibat penularan pandemik COVID-19.

Sehubungan itu, jelas beliau, tidak timbul isu Muhyiddin mengkhianati Dr Mahathir kerana PH tumbang sendiri.

“Waktu kejatuhan ketika PH memerintah bukankah bermulanya isu loncat zaman PH dan keruntuhan kerajaan PH berlaku kerana dengan tiba-tiba YB Langkawi meletakkan jawatan sebagai PM ke-7.

“Ini puncanya. Apa yang YB sebutkan itu betul kalau kita pergi luar negara pemimpin di sana akan bertanya siapa lagi akan melompat parti dan sebagainya.

“Tetapi hakikatnya YB punca loncat-loncat parti dan semua ini berlaku adalah kerana Langkawi selaku Pengerusi PH meletakkan jawatan tanpa merujuk kepada Majlis Presiden PH ketika itu,” katanya.

Beliau mencelah ketika Ahli Parlimen PH Kota Raja, Mohamad Sabu membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan (Penguntukan Semula Peruntukan Perbelanjaan) 2020 dalam sidang Dewan Rakyat, hari ini.

Sebelum itu, Mohamad membangkitkan tentang isu kejatuhan kerajaan PH dan cuba menutup kelemahan mereka dengan mendakwa kononnya berlaku pengkhianatan. – Oleh HAIKA KHAZI

Get real time updates directly on you device, subscribe now.