Penolong pegawai penguat kuasa MBSA direman

109

13 OGOS: Seorang penolong pegawai penguat kuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) direman tujuh hari bagi membantu siasatan kes menerima rasuah bagi melindungi premis perniagaan haram di Sungai Buloh, Selangor.

Memetik laporan BERNAMA, perintah reman yang bermula hari ini sehingga 19 Ogos itu dikeluarkan oleh Majistret Shah Wira Abdul Halim di Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini.

Menurut sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), lelaki berumur 38 tahun itu ditahan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya kira-kira 9.30 malam tadi selepas hadir memberi keterangan.

Semalam, lima individu termasuk empat penguat kuasa MBSA direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan kes yang sama.

Isu tersebut menjadi panas apabila baru-baru ini tular dua rakaman video menerusi laman Facebook Hot Burger Malaysia serta dikongsi akaun Mohd Asri Hamid, 42, atau dikenali sebagai Asri Janggut, yang mendakwa pihak berkuasa tidak mengambil tindakan terhadap kes judi serta mendedahkan lokasi perjudian di Bandar Baru Sungai Buloh.

Susulan pendedahan itu, SPRM melakukan siasatan terhadap dakwaan berkenaan dan mendapat kerjasama Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, bagi menyiasat dakwaan itu.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.