Menteri, bekas menteri Lebanon disiasat ekoran letupan

29

13 OGOS: Beberapa menteri dan bekas menteri Lebanon akan disoal siasat berikutan insiden letupan yang menggegarkan Beirut pada 5 Mei lalu.

Memetik laporan AFP, seorang pegawai kerajaan berkata, siasatan akan dilakukan oleh timbalan pendakwa raya Lebanon.

“Soal siasat akan dimulakan dengan bekas Menteri Kerja Raya, Ghazi al-Aridi,” katanya yang enggan mendedahkan identitinya.

Pegawai itu menambah, soal siasat bertujuan mengenal pasti sama ada mereka cuai sehingga menyebabkan letupan itu.

Katanya, jika ada bukti berhubung perkara itu, pihak berkenaan akan menyerahkan kertas siasatan kepada Parlimen.

“Ini memandangkan ada jawatankuasa khas untuk mendakwa Menteri dan Presiden,” jelasnya.

Beliau memberitahu, pihak berkenaan akan menyoal siasat Menteri Kerja Raya yang kini menggalas tugas itu secara sementara selepas Kabinet Lebanon dibubarkan.

Antara menteri lain yang disoal siasat termasuk Menteri dan bekas Menteri Kewangan.

Setakat ini, letupan di Pelabuhan Beirut itu menyebabkan 171 orang maut, lebih 6,500 orang cedera, dan lebih 300,000 hilang tempat tinggal.

Letupan dikatakan berpunca daripada ammonium nitrat seberat 2,750 tan yang disimpan di gudang di pelabuhan berkenaan.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.