Koroner inkues Nora Anne tinjau lokasi

40

13 OGOS: Persiapan bagi prosiding inkues untuk menyiasat punca kematian remaja Ireland-Perancis Nora Anne Quoirin, bermula hari ini dengan Koroner Maimoonah Aid melawat  pusat peranginan, The Dusun Resort, di Pantai di sini, iaitu tempat penginapan mangsa bersama keluarganya, di sini, tahun lepas.

Koroner Maimoonah tiba pada 9.15 pagi bersama beberapa pihak berkepentingan dalam kes berkenaan yang mendapat liputan meluas pihak media, sebelum lawatan berakhir pada 12.15 tengah hari.

Memetik laporan Bernama, mereka disertai oleh pegawai penyelaras inkues Muhamad Iskandar Ahmad dan peguam yang mewakili keluarga Nora Anne dan resort serta Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan SAC Che Zakaria Othman.

Pada 10 Julai lepas, Koroner Maimoonah menetapkan prosiding inkues berlangsung selama dua minggu bermula 24 Ogos hingga 4 Sept di Mahkamah Koroner Seremban dengan seramai 64 orang saksi akan dipanggil memberi keterangan.

Beliau turut menetapkan hari ini sebagai  tarikh lawatan ke lokasi kejadian di pusat percutian itu, lokasi mayat mangsa ditemukan setelah dilaporkan hilang pada 4 Ogos 2019, iaitu sehari selepas remaja berkenaan dan keluarganya tiba di Malaysia untuk bercuti selama dua minggu.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.