Inkues kematian Nora Anne Quoirin bermula

35

13 OGOS: Inkues kematian remaja Ireland, Nora Anne Quoirin bermula pagi ini, dengan ketibaan Koroner Maimoonah Aid di The Dusun Resort, Seremban di mana mangsa menginap bersama keluarganya.

Beliau melawat ke lokasi Nora Anne hilang di pusat peranginan tersebut pada jam 9.15 pagi ini.

Mendiang hilang pada 4 Ogos 2019, sehari selepas dia dan ibu bapanya tiba di Malaysia untuk percutian dua minggu di The Dusun Resort.

Mayatnya ditemukan pada 13 Ogos berhampiran anak sungai di kawasan berlurah, kira-kira 2.5 kilometer dari kawasan penginapan mereka, selepas pencarian besar-besaran dilakukan.

Laporan bedah siasat menyatakan bahawa tiada elemen jenayah dalam kematian Nora Anne dan remaja itu meninggal dunia akibat pendarahan gastrousus, mungkin disebabkan oleh tekanan dan kelaparan.

Pada Julai lalu, Mahkamah Koroner dan pihak berkuasa Malaysia memutuskan untuk mengadakan satu inkues bagi menentukan punca kematian Nora Anne.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.