Korban Beirut naik 171, lagi 40 masih hilang

58

12 OGOS: Angka korban letupan bahan kimia di Pelabuhan Beirut pada 4 Ogos lalu meningkat kepada 171 orang, kata Kementerian Kesihatan Lebanon.

Pemangku Menteri Kesihatan, Hamad Hassan berkata, ia berbanding 160 orang yang disahkan meninggal dunia dalam tragedi itu minggu lalu.

Menurut Hamad, terdapat kira-kira 40 orang masih dilaporkan hilang dalam kejadian berkenaan.

“Seramai 120 mangsa ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) manakala 1,500 lagi masih diberikan rawatan di hospital,” katanya.

Pada kejadian berkenaan, letupan yang berpunca daripada ammonium nitrat itu turut menyebabkan lebih 6,000 orang cedera dan 300,000 orang hilang tempat tinggal.

Insiden itu menimbulkan kemarahan rakyat Lebanon sehingga menyebabkan beberapa pimpinan tertinggi negara itu meletak jawatan.

Setakat ini, pegawai Pelabuhan Beirut disiasat kerana membenarkan penyimbanan bahan mudah meletup itu.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.