Bukit Bendera rizab biosfera

118

12 OGOS: Kementerian Tenaga dan Sumber Asli, menerima dossier pencalonan tapak rizab biosfera Bukit Bendera daripada kerajaan negeri Pulau Pinang.

Timbalan Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Ali Biju berkata kementerian juga sedang dalam proses menguruskan untuk kelulusan Jemaah Menteri dan dossier pencalonan akan dikemukakan kepada Sekretariat United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization (UNESCO) pada September 2020.

“Pencalonan terbabit akan melalui proses penilaian oleh panel Advisory Committee for Biosphere Reserve.

“Pencalonan berkenaan akan dibentangkan di Mesyuarat Man and Biosphere International Coordinating Council (MAB ICC) untuk pertimbangan akhir,” kata Ali ketika di sesi soal jawab lisan di Parlimen sebentar tadi.

Ali berkata demikian ketika menjawab soalan dikemukakan oleh Ahli Parlimen Bukit Bendera, Wong Hon Wai PH Bukit Bendera yang meminta menteri berkenaan menyatakan apakah status permohonan Perbadanan Bukit Bendera untuk menyertai penyenaraian sebagai UNESCO Biosphere Reserve dan apakah langkah tambahan perlu dibuat.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.