Tujuh maut kemalangan di Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands

396

11 OGOS: Tujuh termasuk dua kanak-kanak maut dalam kemalangan jalan raya membabitkan sebuah lori dengan Perodua Alza, di Jalan Keramat Pulai menghala ke Cameron Highlands petang ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, tiga lagi dilaporkan cedera dalam kejadian berkenaan.

Menurut jurucakap tersebut, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Simpang Pulai menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada jam 5.55 petang, sebelum bergegas ke lokasi kejadian.

“Kemalangan membabitkan sebuah lori dan sebuah Perodua alza, keseluruhan mangsa terlibat adalah seramai 10 orang.

“Jumlah mangsa terbabit dalam kemalangan tujuh maut dan tiga cedera, (2) kanak kanak lelaki maut, (3) perempuan dewasa maut dan (2) lelaki dewasa maut.

“Maklumat mangsa cedera pula, dua kanak kanak lelaki cedera dan satu lelaki dewasa cedera parah,” katanya.

Katanya, tindakan operasi penyelamatan sedang dijalankan di lokasi dan maklumat akan dikemas kini daripada semasa ke semasa.

Difahamkan kesemua mangsa berasal dari Kedah.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.