Rakyat Belarus bantah kemenangan Presiden Lukashenko

53

11 OGOS: Presiden Belarus, Alexander Lukashenko berjaya mempertahankan kedudukannya setelah memenangi pilihan raya di negara itu semalam.

Memetik laporan Agensi Anadolu, suruhanjaya pilihan raya Belarus mengumumkan beliau beroleh 80.23 peratus undi.

Ketua Suruhanjaya Pilihan Raya Pusat Belarus, Lidia Ermoshina memberitahu wartawan di Minsk, peratusan keluar mengundi adalah 84.23 peratus dan keputusan itu dianggap sah.

Walau bagaimanapun, calon pembangkang membantah keputusan tersebut dengan disokong ribuan rakyat yang turun ke jalanan di seluruh Belarus bagi menuntut pilihan raya yang adil.

Penunjuk perasaan menentang pemerintahan Lukashenko, yang sudah terlalu lama berkuasa di mana beliau menjadi Presiden sejak 1994.

Rakyat mendakwa ekonomi negara itu lemah dan berlaku ketidakcekapan dalam mengendalikan situasi COVID-19.

Berbelas-belas orang ditahan pada malam Ahad lalu dan polis menggunakan peluru getah serta bom tangan untuk menyuraikan penunjuk perasaan.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.