AmBank buka permohonan lanjutan moratorium

2,206

11 OGOS: AmBank akan menawarkan bantuan pembayaran semula dan lanjutan moratorium kepada individu dan juga perusahaan kecil dan sederhana (PKS) selepas moratorium berakhir pada 30 September ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AmBank, Datuk Sulaiman Mohd Tahir berkata, bank itu kini menerima permohonan untuk penstrukturan dan penjadualan semula pinjaman daripada pelanggan.

“Program ini akan memberi manfaat kepada pelanggan yang kehilangan pekerjaan tahun ini dan masih belum mendapat pekerjaan baharu, serta pekerja yang dikurangkan gaji.

“Bantuan kami juga turut diperluaskan kepada PKS kerana kami memahami, banyak perniagaan terjejas teruk akibat penularan COVID-19,” katanya.

Pelanggan boleh menghubungi pasukan perkhidmatan pelanggan bank atau pengurus hubungan bank untuk mendapatkan bantuan, atau menghubungi 03-2178 8888 (pelanggan individu) dan 03-2178 3188 (pelanggan PKS).

Mereka juga boleh menghantar e-mel kepada [email protected], melayari laman sesawang https://www.ambank.com.my/eng/repayment-assistance atau mengunjungi cawangan bank terdekat.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.