Taufan Jangmi landa Pulau Jeju

67

10 OGOS: Pulau peranginan terkenal di Korea Selatan, Pulau Jeju dilanda taufan Jangmi hari ini.

Memetik laporan Yonhap, Jangmi kini bergerak ke arah timur lalut dengan kelajuan angin 38 kilometer sejam, kira-kira 210 kilometer di tenggara Seogwipo, pada jam 7 pagi waktu tempatan.

Musim tengkujuh tahun ini, bermula 24 Jun di wilayah tengah, belum menunjukkan tanda akan berkurangan, musim diramal berakhir penghujung Ogos.

Ia juga dijangka mencatat rekod baharu sebagai musim monsun terpanjang selepas yang terakhir selama 49 hari pada 2013.

Sekarang ia sudah berlanjutan selama 47 hari dan kemungkinan akan melebihi 50 hari, kerana hujan diramal berterusan sehingga pertengahan Ogos.

Hujan lebat yang melanda wilayah tengah pada Ogos, menyebabkan 42 orang maut atau hilang selain merosakkan 14,091 kemudahan manakala hampir 7,000 penduduk hilang tempat tinggal.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.