Peguam Zahid tidak dapat bersetuju pindaan tuduhan

116

10 OGOS: Pasukan peguambela Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tidak dapat bersetuju dengan permohonan Ketua Pendakwaraya, Datuk Raja Rozela Raja Toran untuk melakukan pindaan kepada 12 dakwaan jenayah pecah amanah (CBT) dan dua tuduhan rasuah.

Ketua pasukan peguambela, Hisham Teh Poh Teik berkata, pihaknya tidak dapat menerima pindaan itu kerana ia dibuat masa perbicaraan kes sudah jauh berlangsung serta permohonan pihak pendakwa dibuat pada saat-saat akhir perbicaraan, iaitu pagi ini,” katanya.

Hisham memohon Hakim Collin Lawrence Sequerah menangguhkan perbicaraan kepada esok untuk memberi masa kepada pasukan peguambela berbincang dengan anak guamnya.

Terdahulu Raja Rozela Raja Toran telah memohon supaya perkataan “telah diamanahkan dengan harta” digantikan dengan “telah diamanahkan dengan penguasaan ke atas harta” dalam kesemua 12 tuduhan CBT dan dua tuduhan rasuah.

Ketika dibacakan tuduhan-tuduhan yang dipinda itu, Zahid telah mengaku tidak tidak bersalah di atas kesemua tuduhan. Malah beliau masih mahu perbicaraan diteruskan.

Berdasarkan undang-undang, pihak pendakwaan sememangnya mempunyai hak membuat pindaan, begitu juga pihak peguambela juga berhak membantah.

Sekiranya mahkamah membenarkan pindaan, ini juga bermakna pasukan peguambela mempunyai hak untuk memanggil semula kesemua 85 saksi yang telah memberi keterangan.

Jika ini berlaku, nampaknya kes ini akan terus berpanjangan.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.