Kereta kebal Zionis serang Gaza

134

10 OGOS: Sepasukan kereta kebal rejim Zionis Israel melancarkan serangan di lokasi-lokasi pejuang Palestin di timur Deir al-Balah di bahagian tengah Gaza, semalam.

Memetik laporan Palestinian Information Center, kereta-kereta kebal terbabit turut melepaskan beberapa peluru berpandu.

Tentera rejim Zionis Israel berkata, serangan itu dilakukan sebagai tindak balas ekoran insiden tembakan dari Gaza terhadap tentera Israel di Kissufim.

Walau bagaimanapun, tiada kecederaan dilaporkan di pihak Palestin akibat serangan tersebut.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.