BERSATU Melaka berdiri teguh menyokong Muhyiddin

55

10 OGOS: Seluruh pimpinan dan ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Negeri Melaka berdiri teguh menyokong kepimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Ketua Badan Pimpinan Bersatu Melaka, Datuk Seri Mohd. Redzuan Yusof berkata, mereka juga menyokong dengan sepenuhnya kepimpinan Muhyiddin yang juga Presiden dan pengasas parti.

“Saya juga ingin menegaskan bahawa tindakan beberapa ahli parti yang telah digembar-gemburkan, bahawa cawangan atau bahagian BERSATU tertentu telah terbubar secara automatik apabila ahli jawatankuasa cawangan atau
bahagian tersebut meninggalkan parti, adalah tidak benar dan tidak sah di sisi perlembagaan parti.

“Kuasa untuk membubarkan cawangan atau bahagian parti hanya terletak di tangan Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU sahaja.

“Majlis pimpinan tertinggi BERSATU boleh dan akan melantik ahli jawatankuasa yang baru bagi mengisi sebarang kekosongan dalam parti,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.