90 peratus belum respons tawaran lanjutan moratorium

43

8 OGOS: Bank Islam Malaysia Berhad (Bank Islam) telah menghubungi 380,000 pelanggannya secara berperingkat sejak minggu lalu bagi menawarkan lanjutan moratorium kepada pelanggan yang terkesan.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohd Muazzam Mohamed berkata, setakat ini, kurang 10 peratus daripadanya menghubungi bank bagi mengatur penyelesaian terbaik memandangkan tempoh moratorium selama enam bulan dijadualkan tamat September ini.

Mohd Muazzam berkata, pihaknya berharap pelanggan yang menerima SMS daripada Bank Islam dapat membalasnya, jika mereka merasakan perlu untuk pelanjutan moratorium ini.

“Bank Islam mempunyai kira-kira 380,000 pelanggan individu termasuk 1,000 perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

“Daripada jumlah itu, hanya lima peratus yang tidak mengambil moratorium ditawarkan sejak April lalu.

“Bagi pelanggan yang tidak terjejas dan tidak berhasrat meneruskan moratorium, mereka tidak perlu membalas SMS yang dihantar,” katanya pada media selepas majlis penyerahan sumbangan Sadaqa House di sini, semalam.

Menurutnya, Bank Islam bersedia membantu pelanggannya yang terjejas dan menepati kriteria dinyatakan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) sebelum ini untuk melanjutkan moratorium atau mengurangkan kadar pembiayaan.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.