17 maut pesawat Air India tergelincir ketika mendarat

92

8 OGOS: Sebuah pesawat Boeing 737 Air India Express yang membawa 190 rakyat India terkandas di Dubai akibat COVID-19, tergelicir dari landasan ketika mendarat dalam keadaan hujan lebat di lapangan terbang Kozhikode, Kerala India.

Seorang pegawai kanan polis tempatan memberitahu media, sekurang-kurangnya 17 maut termasuk jjuruterbang dan 15 lagi cedera parah dalam insiden yang berlaku ketika hujan lebat itu.

“Sekurang-kurangnya 89 mangsa dibawa ke beberapa hospital sekitar Kozhikode, kebanyakannya dengan kecederaan serius,” katanya.

Menurut jurucakap Kementerian Penerbangan Awam, Rajiv Jain, enjin pesawat Boeing 737-800 itu pecah kepada dua bahagian dan di temui dalam kawasan lembah sedalam 10 meter tetapi tiada kebakaran dilaporkan dalam pesawat.

“Pesawat itu membawa 173 penumpang dewasa, 10 kanak-kanak, dua juruterbang dan lima kru penerbangan,” katanya.

Pesawat itu dilaporkan cuba mendarat dalam cuaca buruk kira jam 7.40 malam waktu tempatan.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.