SPRM tahan isteri Guan Eng

237

7 OGOS: Isteri kepada bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng iaitu Betty Chew Gek Cheng, ditahan selepas datang memberi keterangan di Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulang Pinang, hari ini.

Penahanan isteri bekas Ketua Menteri Pulau Pinang itu disahkan peguam Chew, Lee Khai, ketika dihubungi New Straits Times, sebentar tadi.

Terdahulu, Chew yang ditemani Khai dan adik Guan Eng, Lee Hui Ying, dilihat tiba di perkarangan ibu pejabat SPRM negeri di Georgetown pada jam 10.45 pagi tadi.

“SPRM menahan Betty Chew. Saya menemaninya untuk memberi keterangan. Hui Ying tidak terbabit, sebaliknya beliau membayar ikat jamin Chew kepada SPRM sebanyak RM50,000,” katanya.

Terdahulu, kira-kira 10.45 pagi, Betty dilihat memasuki pejabat SPRM negeri.

Beliau yang menaiki kenderaan pelbagai guna ditemani peguam, Lee Khai dan adik perempuan Guan Eng, Hui Ying.

Pagi tadi, suaminya, Guan Eng didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas tuduhan meminta rasuah membabitkan projek terowong dasar laut di Pulau Pinang.

Guan Eng, 59, mengaku tidak bersalah dan memohon dibicarakan sebaik pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Azura Alwi.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu berhampiran Hotel The Gardens, Lingkaran Syed Putra, Mid Valley City, pada Mac 2011 dan didakwa mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009, yang boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 atau mana yang lebih tinggi.

Guan Eng juga dijadual dituduh di mahkamah Butterworth, Isnin ini bagi kes lain.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.