Portal isytihar harta menteri Kabinet dibuka

170

7 OGOS: Orang ramai boleh mengakses maklumat pengisytiharan harta dibuat oleh menteri Kabinet kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menerusi portal mydeclaration.sprm.gov.my mulai hari ini.

SPRM dalam satu kenyataan berkata, sehingga kini maklumat harta yang dipapar melibatkan 57 daripada 70 anggota pentadbiran kerajaan terdiri daripada Perdana Menteri, menteri kanan, menteri dan timbalan menteri.

“SPRM tidak akan bertanggungjawabjawab terhadap maklumat pengisytiharan harta yang diperolehi atau diambil dari mana-mana sumber selain daripada portal berkenaan,” kata SPRM. – Oleh HAIKA KHAZI

Get real time updates directly on you device, subscribe now.