Parti baharu Tun M bertanding PRK Slim

542

7 OGOS: Parti baharu yang ditubuhkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad akan meletakkan calon untuk bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim.

Ahli Parlimen Langkawi itu berkata, parti yang masih belum diberi nama itu tidak terikat dengan mana-mana gabungan politik di negara ini termasuk Pakatan Harapan (PH).

“Nama parti belum kita tentukan nanti kita akan bagitahu, kena rujuk dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS).

“Kita memang kawan dengan mereka (PH) tapi kita ada masalah dengan satu parti di PH. Saya tak nak bagitahu tapi anda semua mesti tahu,” katanya dalam sidang media di Kuala Lumpur, hari ini.

Beliau menambah, tidak ada jaminan bagi sesiapa untuk jawatan tertentu dalam parti atau dalam kerajaan. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH

Get real time updates directly on you device, subscribe now.