Isteri Guan Eng, Phang Li Koon didakwa minggu depan

98

7 OGOS: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah mendapat kebenaran Pejabat Peguam Negara (AG) untuk mendakwa isteri bekas Menteri Kewangan Lim Guan Eng, Betty Chew Gek Cheng dan ahli perniagaan Phang Li Koon di Mahkamah Sesyen Butterworth, Selasa depan.

Menurut Sumber SPRM, Betty bakal didakwa di bawah Seksyen 4(1)(a) dan Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan Dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001 (Akta 613), manakala Phang pula akan dituduh mengikut Seksyen 28 (1)(c) Akta SPRM 2009.

Seksyen 4(1)(a) dan Seksyen 4(1)(b) AMLATFPUAA 2001  memperuntukkan hukuman penjara maksimum 15 tahun dan denda sehingga lima kali ganda nilai hasil aktiviti haram atau RM5 juta mana yang lebih tinggi atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan oleh mahkamah.

“Betty yang ditahan ketika datang memberi keterangan di Pejabat SPRM Pulau Pinang pada jam 11.25 pagi tadi dibebaskan pada jam 4.30 petang selepas selesai direkodkan keterangan dan membayar wang jaminan RM50,000.

“Phang yang ditahan malam semalam juga dibebaskan hari ini direkodkan keterangannya dan membayar wang jaminan RM50,000,” kata sumber ketika dihubungi di sini, sebentar tadi.

Menurut sumber, SPRM sudah mendapat kebenaran AG untuk mendakwa Guan Eng mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009 di Mahkamah Sesyen Butterworth, Selasa depan.

Pagi tadi, Guan Eng didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas tuduhan meminta rasuah membabitkan projek terowong dasar laut di Pulau Pinang.

Guan Eng, 59, mengaku tidak bersalah dan memohon dibicarakan sebaik pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Azura Alwi.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu berhampiran Hotel The Gardens, Lingkaran Syed Putra, Mid Valley City, pada Mac 2011 dan didakwa mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009, yang boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 atau mana yang lebih tinggi.

Guan Eng juga dijadual dituduh di mahkamah Butterworth, Isnin ini bagi kes lain. Beliau bertugas sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang dari 2008 hingga 2018.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.