Harga petrol, diesel turun lima dan empat sen

111

7 OGOS: Harga runcit petrol RON95 dan RON97 masing-masing turun lima sen manakala diesel turun empat sen bagi tempoh sminggu bermula esok sehingga 14 Ogos ini.

Menurut kenyataan Kementerian Kewangan, berdasarkan penetapan harga runcit mingguan produk petroleum menggunakan Mekanisme Harga Automatik (APM), harga baharu seliter bagi RON95 ialah RM1.63, RON97 (RM1.93) dan diesel RM1.79.

“Penurunan ini dipengaruhi oleh perubahan harga minyak yang diproses selari dengan harga minyak mentah dunia pada masa ini,” katanya.

Menurut kenyataan itu, kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.