Dr Santhara sah masuk Bersatu

652

7 OGOS: Ahli Parlimen Segamat, Datuk Seri Dr Santhara Kumar menyertai Pari Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) setelah menyerahkan borang kehalian kepada Setiausaha Agung parti itu, Datuk Seri Hamzah Zainudin di bangunan Parlimen, petang semalam.

Beliau menyatakan keputusan itu adalah atas prinsip dan kerelaannya sendiri.

“Bersatu merupakan sebuah parti yang lebih terbuka kepada semua kaum selain berteraskan Perlembagaan Persekutuan.

“Saya terbuka hati tanpa tekanan atau paksaan dari mana-mana pihak, saya menyertai parti Bersatu dan saya telah mendapat restu daripada rakan-rakan perjuangan saya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Zuraida Kamarudin,” katanya pada sidang media di Kuala Lumpur, hari ini.

Santhara yang juga Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan menambah, beliau kini merupakan satu-satunya Ahli Parlimen bukan bumiputera dalam Bersatu.

Beliau juga berhasrat untuk meneruskan hak dan perjuangan membantu masyarakat India dan minoriti lain.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.