DAP turut terpalit kes rasuah Guan Eng

200

7 OGOS: Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng seharusnya meletak jawatannya dalam parti sehingga perbicaraan kes rasuah melibatkan dirinya di mahkamah selesai.

Orang ramai yang ditemui PN BBC Portal di luar pekarangan Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur berpandangan sedemikian agar DAP tidak terpalit dengan kes-kes yang dihadapi bekas Ketua Menteri Pulau Pinang itu.

Seorang lelaki yang hanya mahu dikenali sebagai Harun berkata, kes-kes tersebut akan memberi kesan terhadap kredibiliti DAP yang selama ini sering mencanangkan konon-kononnya pemimpin mereka bersih.

“Apabila Guan Eng meletak jawatan, DAP juga boleh menjalankan siasatan berhubung dakwaan salah laku melibatkan beliau ,” katanya.

Sementara itu, Abdul Rahman Mohd Rashid berkata, dia bersyukur kerana dakwaan rasuah yang membabitkan bekas Menteri Kewangan itu akhirnya dibawa ke muka pengadilan.

Dia juga berharap agar penyokong Pakatan Harapan (PH) sedar tentang sikap hipokrit pemimpin-pemimpin mereka yang selama ini berkokok menuduh pihak lain melalukan penyelewengan walaupun tanpa disokong bukti yang kukuh.

“Saya datang seawal jam 8 pagi sebab dah dua tahun saya menantikan detik ini kerana sebelum ini dia menuduh Datuk Seri Najib Tun Razak perompak dan hari ini dia disabitkan atas kesalahan rasuah juga.

“Kita harap pihak pembangkang sedar bahawa pemimpin di kalangan mereka juga terlibat dengan kes rasuah kerana selama ini mereka yang berjuang bermati-matian menentang rasuah akhirnya pemimpin mereka terpalit juga dengan kes rasuah,” katanya.

Guan Eng mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini atas tuduhan meminta suapan bagi membantu sebuah syarikat yang dilantik untuk melaksanakan Projek Pembinaan Jalan-Jalan Utama dan Terowong di Pulau Pinang.

Beliau bakal berdepan satu lagi pertuduhan bagi kes yang sama di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009 di Mahkamah Sesyen Pulau Pinang pada jam 9 pagi, 10 Ogos ini.

SPRM turut mendapat izin mendakwa daripada Peguam Negara untuk Guan Eng bagi kes berlainan di Mahkamah Sesyen Pulau Pinang pada jam 9 pagi, 11 Ogos ini mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH

Get real time updates directly on you device, subscribe now.