DAP parti cakap tak serupa bikin – Ronnie

2,039

6 OGOS: Bekas pemimpin DAP Sabah, Ronnie Loh mendakwa parti lamanya sebagai ‘cakap tak serupa bikin’ lebih-lebih lagi dalam memenuhi janji-janji yang ditaburkan kepada rakyat.

Beliau berkata, DAP gagal berbuat demikian ketika menganggotai kerajaan dalam pentadbiran Pakatan Harapan (PH) dahulu.

RONNIE LOH

“Sebaliknya, mereka sibuk berpolitik, menyokong Tun Dr Mahathir Mohamad, bagai dicucuk hidung.

“Sangat berbeza dengan dakwaan mereka sebelum ini bahawa mereka boleh mengawal atau mempengaruhi Tun,” katanya seperti dilaporkan Borneo Post Online, hari ini.

Pada 30 Julai lalu, Ronnie dipecat dari DAP kerana didakwa terbabit dengan gerakan menjatuhkan kerajaan negeri Sabah dipimpin oleh Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dilantik itu menambah, walaupun jawatankuasa DAP negeri dari pasukan yang sama, mereka sering bertelagah dan berebut kuasa sehingga menyebabkan perpecahan berlaku.

“Kami juga dipinggirkan, tidak dihargai oleh Ketua Menteri Sabah merangkap Pengerusi Parti Warisan Sabah dan tidak dihormati oleh sekutu-sekutu dalam PH negeri,” jelasnya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.