Bunuh isteri, suspek direman enam hari lagi

107

6 OGOS: Suspek kes bunuh seorang pensyarah sebuah universiti awam yang ditemui mati dijerut di Dengkil, disambung reman untuk enam hari lagi, bermula hari ini.

Suspek yang disyaki membunuh isterinya itu, dilihat dibawa keluar dari Mahkamah Majistret Sepang pada jam 9.50 pagi tadi.

Ini selepas Majistret Ayuni Izzaty Sulaiman membenarkan permohonan polis melanjutkan perintah reman terhadapnya.

Sebelum ini, lelaki berusia 41 tahun yang juga suspek utama kes berkenaan, ditahan reman mulai 31 Julai lalu sehingga hari ini.

Akhbar sebelum ini melaporkan suspek yang berang dengan tindakan isterinya mahu failkan pengesahan cerai, bertindak menjerut leher wanita itu, yang juga dengan tudung hingga mati.

Dalam kejadian pada Rabu minggu lalu, lelaki berusia 41 tahun itu kemudian meninggalkan mayat isterinya di dalam kereta mereka berhampiran tasik PKNS Pinggiran Cyberjaya, Dengkil.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.