Lelaki tersepit 2 jam bawah kren terbalik

84

5 OGOS: Seorang lelaki terperangkap dan tersepit di bawah sebuah kren yang terbalik di lokasi projek pembinaan Lebuh Raya Bertingkat Sungai Besi – Ulu Kelang (SUKE) berhampiran stesen Petronas Alam Damai di Cheras, Kuala Lumpur hari ini.

Komander Operasi Kanan Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Imam Bukhari Susami berkata, Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan melalui talian MER999 pada jam 7.54 pagi.

Menurut beliau, sebanyak empat jentera dan 21 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Cheras serta Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Tun Razak dihantar ke lokasi kejadian.

Mangsa berjaya diselamatkan oleh anggota-anggota bomba.

“Setibanya jentera di lokasi kejadian, didapati terdapat sebuah kren model Kobelco 26 tan telah terbalik, menyebabkan seorang mangsa lelaki dewasa warganegara Malaysia berumur 28 tahun terperangkap dan tersepit di bawah kren tersebut.

“Pada jam 9.50 pagi, mangsa telah berjaya dikeluarkan. Mangsa mengalami patah di bahagian kaki kiri,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Imam Bukhari menambah, mangsa telah diserahkan kepada ambulan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) untuk mendapatkan rawatan lanjut. – Oleh HUSSAINI AMRAN

Get real time updates directly on you device, subscribe now.