KPKT tak pernah anak tiri kampung baru

63

5 OGOS: Ahli Parlimen PH Rasah, Cha Kee Chin yang cuba mempersoalkan peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan kepada kampung baru di seluruh negara terdiam selepas ditegur oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin.

Ini kerana Kee Chin tidak berpuas hati dengan penjelasan Zuraida apabila peruntukan yang diberikan kepada kampung baru Cina berjumlah RM60 juta dan bukannya berjumlah RM85 juta seperti yang diumumkan oleh bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng ketika membentangkan Belanjawan 2020 tahun lalu.

Menurut Zuraida, walaupun diumumkan RM85 juta namun RM25 juta telah digunakan bagi pinjaman peribadi untuk Bank Simpanan Nasional (BSN) yang dikendalikan di bawah Kementerian Kewangan.

“Semenjak dari Pakatan Harapan (PH) saya tidak pernah menganak tirikan negeri, selagi ikut peraturan peruntukan akan dilulusan. Pada tahun 2020 banyak program tidak dapat dilaksanakan kerana tiada pelantikan ketua kampung, kalau dah ada pelantikan boleh teruskan permohonan.

“Makluman 551 permohonan dimasukan pada tahun 2020. 56 projek diluluskan manakala 494 belum diluluskan disebabkan pertukaran kerajaan kerana COVID-19 dan belum ada pelantikan sepenunya. Jika hendak ada pertukaran projek silakan,” katanya ketika menjawab soalan tambahan Kee Chin dalam sesi soal jawab Dewan Rakyat, hari ini.

Dalam pada itu, bagi menjawab pertanyaan tambahan Ahli Parlimen BN Jelebu, Datuk Jalaluddin Alias tentang perbezaan Pegawai Kemajuan Perkampungan (PKP) dan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK), Zuraida memberitahu, PKP akan membantu usaha melestarikan kampung berdasarkan garis panduan dan program yang dirangka untuk fokus kepada komuniti, anak muda, dan aspek kebersihan.

“Untuk PKP kita dah lantik 30 dan 40 masih lagi dalam proses. Di Negeri Sembilan, kita dah lantik tiga pegawai dan keseluruhan pegawai tujuh namun sebab PKPP kita baru lantik tiga.

“Tugasan PKP ini di mana mereka akan menjaga sekelompok kampung. Satu Pegawai PKP perlu menjaga 20 ke 30 kampung. Program-program yang dikemukakan oleh ketua kampung akan diteliti oleh PKP yang selepas itu mereka akan menghantar ke KPKT untuk diproses peruntukan,” katanya. – Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH

Get real time updates directly on you device, subscribe now.