BERSATU, UMNO kombinasi terbaik menentang WARISAN

75

BERSATU Sabah dan UMNO Sabah disifatkan kombinasi terbaik terbaik bagi mengetuai gelombang rakyat Sabah menentang WARISAN dan gabungannya.

Hasrat ini boleh dicapai dengan kedua-dua parti bergabung bagi menentang WARISAN dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Ketua Penerangan BERSATU Sabah, Khairul Firdaus Akbar berkata pihaknya sentiasa bersedia menghadapi PRN yang disifatkan dilakukan secara mengejut.”BERSATU Sabah senantiasa bersedia menghadapi PRN ‘kilat’ ini.

“Di bawah kepimpinan Datuk Hajiji (Noor) sebagai Ketua Badan Pimpinan BERSATU Sabah ditambah dengan gabungan bersama kepimpinan Bung (Datuk Seri Bung Moktar Radin) sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, ia adalah kombinasi terbaik bagi mengetuai gelombang rakyat Sabah menentang WARISAN dan gabungannya.

“Gabungan kepimpinan ini sudah pasti akan membawa harapan dan cita rasa baharu kepada rakyat negeri ini dan menjadi nilai tambah kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) di Persekutuan serta kelebihan kepada Sabah.

“Oleh itu, rakyat Sabah disarankan untuk memberi peluang dan ruang kepada gabungan kepimpinan yang baharu untuk mentadbir kerajaan negeri,” katanya dalam kenyataan.

Dalam kenyataan tersebut, Khairul Firdaus berkata, peluang dan ruang lebih terbuka kepada pimpinan baharu dan anak muda untuk terbabit dalam pentadbiran dan pembangunan negeri Sabah.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.