Tak jaga tertib, Speaker terpaksa tegur pembangkang

286

3 OGOS: Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan, sebentar tadi, mengarahkan beberapa ahli Parlimen PH menghormati persidangan Parlimen dan hanya bangun mencelah apabila dibenarkan.

Azhar terpaksa bertindak demikian selepas mendapati beberapa ahli Parlimen PH termasuk M Karupaiya (Padang Serai), Kasthuriraani Patto (Batu Kawan) dan Hannah Yeoh (Segambut) cuba mencelah walaupun Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun, berucap dalam sesi pengulungan perbahasan Titah Diraja ucapan Yang di-Pertuan Agong, sebentar tadi.

“Tolong… Tolong… Tolonglah… kita kena ada ‘decorum (kesopanan atau ketertiban). Kalau Yang Berhormat enggan beri laluan kita kena menghormatinya,” katanya Azizan sambil meminta Ahli Parlimen Titiwangsa menyambung pengulungan perbahasannya di Dewan Rakyat, sebentar tadi.

Dalam pada itu, Azhar juga turut menegus Ahli Parlimen PH Bayan Baru, Sim Tze Tzin, kerana mengulangi kesalahan sama biarpun teguran sudah dibuat.

“Bayan Baru (Ahli Parlimen) kalau mahu mencelah tolong minta kebenaran YB Menteri,” katanya yang sekali lagi meminta Rina meneruskan ucapannya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.