PKP semula boleh jejas ekonomi mulai pulih

61

4 OGOS: Pelaksanaan semula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan memberi kesan tidak hanya kepada kesihatan rakyat, malah aktiviti ekonomi yang kini sudah mulai pulih.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata rakyat perlu mengelak situasi yang mendorong pelaksanaan semula PKP jika kes penularan meningkat mendadak.

“Saya ingin mengingatkan bahawa aktiviti ekonomi sudah mula kembali pulih selepas tempoh PKP, tetapi kita masih belum menang sepenuhnya dalam menangani penularan COVID-19,” katanya.

Justeru itu, beliau ketika berkongsi Laporan LAKSANA Ke-15 pelaksanaan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) dan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) menerusi Facebook, hari ini meminta rakyat harus elakkan satu situasi di mana PKP terpaksa melaksanakan PKP semula.

Tengku Zafrul turut merujuk Perintah Kawalan Pergerakan Peningkatan Sasaran (TEMCO) di empat mukim di Kedah akibat peningkatan kes COVID-19 akibat kluster Sivagangga.

Dalam pada itu, beliau mengingatkan agar pematuhan prosedur operasi standard (SOP) termasuk penjarakan sosial, pakai pelitup muka di tempat awam, elak tempat yang sempit dan sesak perlu dikekalkan.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, baru-baru ini  berkata kerajaan akan kembali melaksanakan PKP sekiranya kes positif COVID-19 mencecah tiga angka sekali gus mengehadkan pergerakan.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.