Mekah sifar COVID-19 semasa musim haji

18

3 OGOS: Tiada kes COVID-19 dilaporkan berlaku di Mekah sejak musim haji tahun ini bermula sehingga semalam.

Perkara itu disahkan oleh pihak berkuasa Arab Saudi selepas semua 10,000 jemaah haji menyempurnakan ibadah terakhir mereka.

Kumpulan yang terkecil dalam sejarah moden itu jumlahnya jauh lebih rendah berbanding kira-kira 2.5 juta jemaah yang berhimpun di tanah suci pada musim-musim haji sebelum ini.

Jumlah jemaah terpaksa dikurangkan bagi mengekang penularan COVID-19 dan kali ini, semua jemaah perlu memakai pelitup muka, mengamalkan penjarakan fizikal, ambil suhu badan, kerap menjalani saringan kesihatan dan dibekalkan batu yang disteril bagi ibadah melontar jamrah.

Jemaah haji tahun ini juga dianggap bertuah kerana kerajaan Arab Saudi menanggung perbelanjaan mereka, menyediakan makanan, penginapan hotel dan rawatan kesihatan.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.