Pos Malaysia gantung khidmat kiriman antarabangsa, EMS

181

2 OGOS: POS Malaysia akan menghentikan sementara perkhidmatan mel dan bungkusan antarabangsa serta Express Mail Service (EMS) ke semua destinasi antarabangsa kecuali Singapura mulai 3 Ogos ini sehingga satu tempoh yang akan diberitahu kelak.

POS Malaysia dalam satu kenyataan memberitahu, langkah berkenaan diambil disebabkan impak COVID-19 yang mengakibatkan tahap sekatan yang berbeza di negara-negara destinasi terhadap penerbangan, penutupan lapangan terbang dan perkhidmatan rentas sempadan.

Maklumat terkini boleh didapati dari semasa ke semasa melalui laman web dan platform media sosial rasmi POS Malaysia.

Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan melalui AskPos di www.pos.com.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.