ePenjana: Touch ‘n Go eWallet tawar lebih nilai

87

2 OGOS: Touch ‘n Go eWallet terpilih bagi program ePENJANA, yang merupakan sebahagian daripada Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) dengan matlamat meningkatkan kadar perbelanjaan dan menggalakkan pelaksanaan ekonomi digital di negara ini.

Sempena program tersebut, Touch ‘n Go eWallet bakal memberi lebih nilai menerusi ganjaran tambahan #LebihBanyakEkstra merangkumi pelbagai keperluan harian yang ditawarkan oleh rakan niaga terdiri daripada pelbagai jenama besar, industri kecil dan sederhana dan perusahaan mikro dalam industri makanan dan minuman, sektor runcit, bahan makanan, fesyen, hiburan, teknologi maklumat dan sebagainya.

“Kami gembira dapat bekerjasama dengan pihak kerajaan sekali lagi bagi melaksanakan ePENJANA dan berikhtiar mewujudkan ekosistem yang berfungsi secara baik kepada rakyat,” kata Ketua Pegawai Eksekutif TNG Digital Sdn Bhd, Ignatius Ong dalam satu kenyataan.

Program yang berlangsung dari 31 Julai lalu hingga 30 September ini membolehkan rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas dengan pendapatan tahunan kurang daripada RM100,000 menebus insentif RM50 ePENJANA yang berbentuk kredit e-dompet.

Penebusan boleh dilakukan dan diguna pakai untuk pelbagai transaksi di lebih daripada 220,000 pusat perniagaan rakan niaga Touch ‘n Go eWallet sepanjang tempoh program tersebut.

Touch ‘n Go eWallet yang mempunyai lebih 11 juta pengguna juga menyeru pengguna baharu dan sedia ada untuk melengkapkan proses pengesahan akaun mereka sekiranya belum dilaksanakan, bagi membolehkan penebusan insentif tersebut serta menunggu ganjaran #lebihbanyakekstra menerusi setiap transaksi dengan Touch ‘n Go eWallet.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.