Bung Moktar umum bertanding DUN Lamag

809

2 OGOS: Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin mengesahkan beliau akan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti.

Kerusi baharu tersebut terlak dalam kawasan Parlimen Kinabatangan yang diwakili beliau sendiri.

“Saya turut mengisytiharkan bahawa timbalan saya di bahagian ini, Datuk Jefri Arifin akan bertanding di DUN Sukau dan saya selaku Ketua Bahagian dan Pengerusi UMNO Sabah akan bertanding di kawasan Lamag.

“Selain itu, saya akan turun ke bahagian-bahagian untuk menjelajah bertemu semua ahli dan pemimpin di peringkat akar umbi bagi menerangkan mengenai isu semasa khususnya yang berlaku di negeri ini,” katanya seperti dilaporkan UMNO Sabah Online.

Bung Moktar mengesahkan hasratnya untuk bertanding ketika berucap dalam Mesyuarat UMNO Cawangan Kampung Bilit di Kinabatangan, kelmarin.

Beliau turut menyatakan bahawa UMNO Sabah akan memberi peluang kedua kepada rakyat di negeri ini untuk mengubah nasib mereka.

“Kita akan merangka manifesto kita, tawaran-tawaran untuk memajukan negeri sabah dan memberi penekanan kemajuan kepada rakyat Sabah itu sendiri,” katanya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.