UMNO terus sokong PN – Asyraf Wajdi

150

30 JULAI: UMNO akan terus menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN) biarpun parti berkenaan tidak menyertai PN sebagai sebuah gabungan politik.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dasuki, berkata UMNO hanya membuat keputusan untuk tidak menyertai PN sebagai salah sebuah komponen dan bukannya keluar dari kerajaan.

“Memandangkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia juga sudah nyatakan hasrat untuk sertai Muafakat Nasional (MN), Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah mencadangkan agar Jawatankuasa Induk Muafakat Nasional UMNO-PAS dapat memperhalusi dan mempertimbangkannya.

“Dalam Mesyuarat Jawatankuasa Induk Muafakat Nasional, UMNO dan PAS sepakat untuk terus memperkukuhkan dan memperkasa Muafakat Nasional,” katanya dalam kenyataan melalui laman Facebook beliau, hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini yang menyatakan UMNO membuat keputusan untuk tidak menyertai PN, sebaliknya akan memperkasakan MN bersama-sama dengan PAS dan komponen Barisan Nasional (BN). – Oleh HAIKA KHAZI

Get real time updates directly on you device, subscribe now.