Kolej matrikulasi, IPG dibuka secara berperingkat

96

30 JULAI: Kerajaan bersetuju untuk membenarkan pembukaan semula kolej matrikulasi dan institut pendidikan guru (IPG) secara berperingkat.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, proses pendaftaran berperingkat bagi kolej matrikulasi akan bermula dari 3 sehingga 7 Ogos 2020 yang melibatkan 30,000 pelajar di 15 kampus.

“Proses pembelajaran pula akan bermula seminggu selepas proses pendaftaran.

“IPG akan dibuka pada September 2020 dan akan melibatkan 5,000 pelajar baru dan 8,000 pelajar sedia ada,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Beliau menambah, pembukaan semula kolej matrikulasi dan IPG tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) dan garis panduan yang telah dipersetujui.

“Antara langkah-langkah bagi mengawal penularan COVID-19 termasuk penjarakan sosial serta keselamatan dan kebersihan diri dan masyarakat sekeliling,” jelasnya.

Dalam pada itu, Ismail Sabri menasihat orang ramai supaya terus mematuhi SOP sepanjang sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bermula esok.

Beliau mengingatkan rakyat bahawa pandemik COVID-19 masih belum berakhir dan semua pihak perlu memainkan peranan masing-masing bagi memastikan kesihatan diri sendiri, keluarga dan masyarakat terjaga. – Oleh HUSSAINI AMRAN

Get real time updates directly on you device, subscribe now.