Jho Low ada di Macau – KPN

70

30 JULAI: Ahli perniagaan yang paling dikehendaki di Malaysia, Low Taek Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low kini dikesan bersembunyi di Macau.

Memetik laporan BERNAMA, Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador mengesahkan terdapat petunjuk Jho Low berada di sana.

“Pihak polis sedang berusaha mengesan Jho Low untuk dibawa ke Malaysia,” katanya ringkas ketika dihubungi malam tadi.

Pada 4 Disember 2018, Mahkamah Majistret Kuala Lumpur mengeluarkan waran tangkap terhadap Jho Low bagi membantu siasatan skandal 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Sejak itu pelbagai usaha dilakukan oleh pihak berkuasa Malaysia untuk membawa pulang lelaki berkenaan.

Jho Low bukan sahaja dikehendaki oleh pihak berkuasa bagi pembabitannya dalam kes penyelewengan dana 1MDB tetapi juga merupakan saksi penting perbicaraan yang membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.