Jangan kekok amalkan normal baharu – Muhyiddin

64

29 JULAI: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan rakyat supaya sentiasa menjaga kesihatan dan diri masing-masing dalam keadaan negara masih belum bebas daripada pandemik COVID-19.

Beliau turut menasihatkan rakyat agar sentiasa mengamalkan penjarakan sosial dan memakai pelitup muka di tempat awam.

“Elak tempat yang sempit dan sesak, dan jangan rasa kekok untuk amalkan normal baharu dalam kehidupan kita.

“Sama-samalah kita berdoa semoga kita semua dihindari daripada jangkitan virus COVID-19,” katanya dalam Perutusan Khas Pengumuman Lanjutan Moratorium dan Bantuan Bank Bersasar yang disiarkan secara langsung melalui Facebook dan beberapa saluran televisyen, hari ini. – Oleh HUSSAINI AMRAN

Get real time updates directly on you device, subscribe now.