Gaji minimum RM1,200 buat penjawat awam

90

29 JULAI: Kerajaan memutuskan kadar gaji minimum dinaikkan kepada RM1,200 sebulan buat penjawat awam di negara ini

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Awang Hashim berkata setakat ini sebanyak Pihak Berkuasa 56 Tempatan (PBT) telah melaksanakan gaji minimum ini manakala selebihnya masih mengekalkan standard gaji lantai lama iaitu berjumlah RM1,100.

Menurut beliau, keputusan ini telah pun mendapatkan persetujuan Kabinet dan akan dibawa ke Parlimen supaya perkara ini dapat diluluskan yang sedikit sebanyak mampu membantu rakyat yang terjejas khususnya ketika Pandemik Covid-19.

“Kerajaan telah meletakkan paling kurang RM1,200 dan 56 Majlis Perbandaran telah laksanakan gaji minimum ini. Yang lain masih menggunakan gaji lama yang mana kita akan memperincikan atau penyelarasan semula.

“Peringkat Kabinet telah meluluskan dan akan meminda akta ini (Akta Kerja 1955) dan akan dibawa ke Parlimen pada penggal ini supaya pelaksanaan gaji minimum akan diselaraskan kepada RM 1,200,” katanya dalam sesi soal jawab Sidang Dewan Rakyat, hari ini.

Awang berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Bebas Lubok Antu, Jugah Muyang menyatakan dasar dan perancangan kerajaan bagi menawarkan gaji lebih baik buat rakyat Malaysia.

Dalam pada itu, menjawab persoalan yang sama, Awang yang juga Ahli Parlimen Pas Pendang memberitahu, kerajaan telah menetapkan hanya sektor pembinaan, pertanian dan perladangan sahaja dibenarkan untuk menggunakan pekerja asing.

Beliau menambah, tindakan ini dilakukan selepas kerajaan mengkaji semula dasar buruh asing bagi mengurangkan penggunaan pekerja asing yang kini mempunyai seramai 2.1 juta pekerja yang berdafar di bawah Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Sumber Manusia.

“Kerajaan telah membat keputusan dan dah pun umumkan untuk kurangkan pekerja asing yang ada di Malaysia yang mana yang berdafar 2.1 juta yang ada sekarang ini. Kita telah membuat keputusan untuk menetapkan tiga sektor iaitu pembinaan, pertanian dan perladangan.

“Yang mana hanya sektor ini sahaja yang boleh menggunakan pekerja asing selepas ini. Lain-lain akan diisi oleh pekerja tempatan. Inilah yang kita telah membuat satu garis panduan sebagai dasar untuk mengurangkan pekerja asing,” katanya. -Oleh AIMAN SADIQ ABDULLAH

Get real time updates directly on you device, subscribe now.