Ahli Parlimen BN adakan perjumpaan dengan Perdana Menteri

7,493

29 JULAI: Ahli-Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) mengadakan perjumpaan dengan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di bangunan Parlimen, hari ini.

Perjumpaan diketuai Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berlangsung kira-kira sejam bermula 1 tengahari.

Pengerusi Majlis Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PNBBC) Datuk Seri Shahidan Kassim mengesahkan perjumpaan yang dihadiri semua ahli-ahli Parlmen BN.

Beliau memberitahu PN BBC Portal, itu adalah pertemuan biasa yang diadakan dari masa ke semasa.

Sementara itu, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata kepada media, pelbagai perkara dibincangkan dalam pertemuan tertutup tersebut namun butiran terperinci tidak boleh didedahkan.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.