Warga Hong Kong wajib pakai pelitup muka

35

28 JULAI: Hong Kong melarang penduduknya menikmati hidangan di restoran selama seminggu bermula esok sambil pihak berkuasa memberi amaran bahawa ini adalah masa kritikal untuk membendung virus terbabit.

Wilayah itu juga akan mengenakan lebih banyak sekatan bagi mengekang lonjakan kes COVID-19, termasuk larangan berhimpun melebihi dua orang dan mewajibkan pemakaian pelitup muka di luar rumah, lapor media.

Ini berikutan kes harian COVID-19 meningkat kepada 145 kes semalam, hari keenam berturut-turut jangkitan wabak itu mencecah tiga angka.

Pada 15 Julai lalu, larangan berhimpun dikuatkuasakan dengan warga Hong Kong tidak dibenarkan berhimpun melebihi empat orang.

Sejak akhir Januari, lebih 2,600 orang dijangkiti COVID-19 di Hong Kong, 20 daripadanya telah meninggal dunia.

Hong Kong sebelum ini dipuji kerana berjaya mengawal bilangan kes.

Pakar kesihatan menyalahkan peningkatan kes baru COVID-19 berpunca daripada kelemahan yang mengakibatkan ribuan kru laut dan udara serta pelancong perniagaan dari tanah besar China dikecualikan dari menjalani ujian dan kuarantin.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.