Wakil PKR terdiam ditegur Mastura isu tanah haram

234

28 JULAI: Ahli Parlimen PH Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim terdiam selepas ditegur Timbalan Menteri di Jabatan Menteri, Datin Mastura Mohd Yazid yang cuba menuduh kerajaan meletakkan kegagalan penguatkuasaan penerokaan tanah haram di pihak kerajaan negeri.

Mastura berkata walaupun terdapat pertindihan kuasa di antara kerajaan pusat dan negeri namun kerajaan di bawah Majlis Keselamatan Negara (MKN) akan sentiasa mengadakan kerjasama dengan pihak kerajaan negeri demi membanteras penerokaan haram.

Beliau turut mengharapkan kerjasama daripada orang ramai khususnya kakitangan di Pejabat Tanah dan Galian di peringkat akar umbi agar turut memantau penceborohan tanah haram ini bagi kita memastikan jenayah ini tidak berlaku khususnya di kalangan warga asing.

“Soal tanah jelas di bawah bidang kuasa kerajaan negeri sebab itu dalam masa sama MKN perlu adakan kerjasama di mana usaha MKN dan tentu pakar dalam perkara ini beri kerjasama secara tuntas hingga ke bawah.

“Paling penting Yang Dipertua adalah kesedaran di kalangan penjawa awam bahawa kerja penjawat awam di Pejabat tanah bukan hanya melihat dari segi pertkaran hak milik atau melihat perkara kebiasaan hari-hari oleh pelanggan yang datang ke pejabat.

“Tetapi juga hal penceborohan yang juga mengambil kira hal-hal berkaitan jenayah dan juga akta-akta berkaitan dengan Imegresen,” katanya dalam sesi soal jawab sidang Dewan Rakyat, hari ini.

Terdahulu, bagi menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen BN-Cameron Highlands, Ramli Mohd Nor berhubung langkah kerajaan dalam memastikan agar penerokaan tanah haram di kalangan warga asing tidak berulang lagi, Mastura memberitahu pihaknya akan sentiasa melakukan pemantauan secara berkala di kawasan berisiko untuk diterokai.

Beliau menambah, penguatkuasaan juga akan ditingkatkan secara bersepadu dan strategik di antara kerajaan persekutuan dan begeri bagi memastikan selepas ini tiada pembolosan dan ketidak tirisan jika operasi dilakukan poleh pihak berkuasa.

“Setiap pegawai yang diberi kuasa dan tugas perlu diberi kefahaman kejelasan supaya ketegasan pegawai dapat dilaksanakan seperti yang ditetapkan dalam peraturan setiap negeri. Pihak Jabatan Bekalan Air dan Elektrik perlu memainkan peranan dengan pihak berkuasa negeri supaya dapat merungkai perkara ini dengan tuntas.

“Perkasaan keupayaan risikan dengan penduduk tempatan dilakukan bagi mendapat maklumat sebarang penerokaan secara haram di samping memberikan kesedaran kepada masyarakat mengenai pentingnya pernaan dalam banteras peneroka haram khususnya warga asing,” katanya.

Sementara itu, Mastura yang juga merupakan Ahli Parlimen BN Kuala Kangsar meminta masyarkat khsusunya ahli-ahli politik bekerjasama dengan semua pihak dalam menangani masalah ini dan gunakan media massa untuk menyedarkan orang ramai.

“Jangan pula membiarkan penceroboh mengambil kesempatan simpati atas penguatkuasaan yang dilakukan dan justifikasi perlu dikelaskan kepada pihak awam supaya mereka faham positif perkara ini di samping menyediakan laporan cukai tanah dari semasa ke semasa bagi memantau mana mana dan kenal pasti yang tidak dikenakan cukai dan tunggakan perlu dijelaskan

“Kita juga mengkaji kenapa tanah-tanah tidak dibangunkan pada masa sesuai. Ini semua perlu dilaksanakan dengan tegas dan melibatkan semua pihak termasuk ahli-ahli politik. Mohon kerjasama,”katanya. Oleh-AIMAN SADIQ ABDULLAH

Get real time updates directly on you device, subscribe now.