Pengerusi DAP Sarawak kecewa Adun keluar parti

52

28 JULAI: Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen berkata, salah faham atau perselisihan pendapat antara ahli parti bukan alasan yang kukuh untuk meninggalkan parti.

Katanya, setiap ahli parti sepatutnya membincangkan terlebih dahulu hasrat atau tindakan mereka termasuk jika mahu keluar parti.

Justeru itu, beliau  kecewa dan terkejut dengan tindakan naib pengerusi DAP Sarawak, Wong King Wei yang mengumumkan keluar parti itu kelmarin.

Wong King Wei

Wong dalam kenyataan kelmarin member alasan bahawa beliau “muak dan bosan” dengan beberapa tingkah laku ahli parti itu, selain membidas taktik berkonfrontasi dan serangan peribadi terhadap mereka yang berbeza pandangan.

Mengulas perkara itu, Chong yang juga Ahli Parlimen Stampin berkata, adalah amat sedih melihat seorang pemimpin parti menentang parti dan menimbulkan kerosakan pada parti yang diwakilinya selama ini.

“Bagi keputusan yang begitu berat ini, saya sangka dia akan terlebih dulu menyampaikan hasratnya kepada saya dan membincangkannya terlebih dulu tetapi sayangnya, itu tidak berlaku,” kata Chong dalam kenyataanya.

Bagaimanapun, beliau berharap Adun Pandungan mempertimbangkan semula keputusannya untuk keluar parti dan tidak mengecewakan pengundi yang memilihnya.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.