Najib didapati bersalah salah guna kuasa

1,320

28 JULAI: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mendapati bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersalah di atas pertuduhan salah guna kuasa iaitu satu daripada tujuh pertuduhan berkaitan penyelewengan dana SRC International berjumlah RM42 juta.

Hakim, Mohd. Nazlan Ghazali membuat keputusan tersebut selepas pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah bagi pertuduhan bawah Seksyen 23(1) Akta SPRM.

Najib berdepan tiga tuduhan berkait pecah amanah, satu salah guna kedudukan dan tiga lagi pengubahan wang haram berkait dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.

Bagi pertuduhan pecah amanah dan pengubahan wang haram, mahkamah masih belum mengumumkannya.

Terdahulu, Najib, 67, yang memakai sut coklat tiba disambut ratusan penyokongnya.

Hadir bersama di mahkamah Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Timbalannya, Datuk Seri Mohamad Hasan serta beberapa pemimpin kanan UMNO.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.