Kes COVID-19 Indonesia lepasi 100,000, Singapura 50,000

29

28 JULAI: Indonesia mencatatkan lebih 100,000 jangkitan COVID-19 semalam manakala wabak itu di Singapura turut melepasi angka 50,000 kes keseluruhan.

Dua jiran terdekat Malaysia itu terus merekodkan angka kes baru yang tinggi dengan Singapura dan Indonesia masing-masing mencatatkan 469 dan 1,532 kes.

Seperti mana sebelum ini, majoriti kes baru adalah dalam kalangan warga asing yang tinggal di asrama.

Republik itu, turut merekodkan 15 kes import dan kesemuanya telah dikenakan Notis Duduk Di rumah, semasa tiba di negara itu.

Jumlah keseluruhan kes di republik itu 50,838 kes dengan terdapat 173 kes yang disahkan masih dirawat di hospital.

Sementara itu, Indonesia pula mencecah 100,303 kes, pertambahan sebanyak 1,525 kes positif baharu dalam tempoh 24 jam.

Berdasarkan data terkini yang disiarkan di laman sesawang rasmi pemerintah Indonesia berkenaan COVID-19, www.covid19.go.id, bagi tempoh sehingga 12 tengah semalam, sebanyak 57 lagi kematian berlaku, menjadikan jumlah keseluruhan kematian di republik itu kini 4,838 orang.

Ia turut menyatakan, seramai 58,173 pesakit daripada 100,303 kes yang positif virus itu telah sembuh, manakala 54,910 pesakit masih dalam pemantauan COVID-19.

Get real time updates directly on you device, subscribe now.